google translate

Kari Ayam Mamak Style

KARI AYAM MAMAK STYLE

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - dipotong mengikut saiz yg anda suka ,dibersihkan & ditos

Bahan 1
10 ulas bawang putih - diblender
3 inci halia - diblender


Bahanke 2
1 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang


Bahan ke 3
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan


Bahan ke 4
8 sudu besar serbuk kari ayam Baba's
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering - x letak coz da habis stock
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
3/4 cwn santan pekat


Bahanke 5
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
serbuk ketumbar
serbuk jintan manis
garam

Cara-cara
1. Tumis bahan a hingga naik bau
2. Masukkan bahan b & bahan c.Tumis hingga daun kari garing
3. Masukkan ayam & ubi kentang.Tutup periuk.Masa menumis ayam ni msti anda mula terbau aromanya...memang wangi..emmmm...Tumis lebih kurang 3 minit.Masak dengan api perlahan.Tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda inginkan.Tutup periuk & biar mendidih
4. Masukkan bahan d & bahan e. Masak hingga ramuan rempah masak sebati.Selalu tutup periuk &masak dengan api perlahan
5. Bila kuah kari & ayam dah masak,baru masukkan santan & garam
6. Selalu dikacau agar kuah tidak naik minyak.Tutup api
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×