google translate

Soto Berempah

Soto Berempah
Kuah soto

1 ekor ayam belah 4, buangkan kulit dan lemak-lemak
2 batang serai
Bahan tumis (dikisar) :
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 keping lengkuas
sedikit halia
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit kunyit
minyak untuk menumis
rempah tumis - (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga)
2 biji kiub ayam Knorr
4 peket Nasi Impit (rebus, sejukkan dan potong kiub)
1 peket kecil Soohoon digoreng (jgn basuh soohoon, goreng kering-kering gitu)
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
telur rebus (jika suka)
keropok keping yang sudah digoreng
Kicap cili padi:
segenggam cili padi
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 cawan kicap
2 biji limau kasturi

1. Goreng cili padi, bawang merah dan bawang putih dalam sedikit minyak dan kisar.
2. Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi

Cara:
1. Dalam periuk yang besar, panaskan minyak dan tumis rempah tumis, bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam
3. Rebus hingga ayam betul-betul empuk
4. Keluarkan ayam dan sejukkan sebentar sebelum disiat-siat. Guna garfu untuk siat ayam.
5. Masukkan soohoon yang telah digoreng kedalam kuah soto.
6. Masukkan pula kiub ayam, sedikit garam dan sedikit gula.
7. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
8. Cara menghidang:
Dalam mangkuk hidang, letakkan potongan nasi impit, ayam yang telah disiat dan curahkan kuah soto
9. Hias dengan daun bawang dan daun sup
10. Letakkan benda-benda lain dalam bekas lain dan hidangkan sama.

Selamat Mencuba dan Salam Ramadhan.

Soto Ayam
Utk soto nasi impit, rebus ketupat segera
Utk. mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut

Bahan2:

Kuah Soto (ayam/daging)

1/2 ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik
dalam air rebusan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk tumis
garam

caranya:

1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak). Blend halus.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.
3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.
4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler.

Bahan2 lain :

taugeh
kacang tanah - digoreng
suhun - digoreng
daun sup/bawang
bawang goreng
nasi himpit/mee/mee hoon
tauhu - digoreng & dipotong kecil2
fish ball - direbus & dipotong kecil2
1/2 ekor ayam direbus & disiat
1/2 ekor ayam digoreng & disiat
cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin


Untuk Begedil

6 biji Kentang ( Dipotong kecil dan digoreng )
Bawang Goreng
Sedikit Daging Kisar (Digoreng)
Lada Sula
Garam
Telur
Daun Soup (Dipotong Halus)
Daud Sadri (Dipotong Halus)

Cara Membuatnya:

1. Goreng daging cincang besama sedikit minyak hingga garing kemudian angkat dan sejukkkan.
2. Kentang dipotong-potong sederhana kecil dan digoreng, kemudian ditumbuk menjadi halus.
3. Selepas ditumbuk di masukkan kedalam bekas, kemudian masukkan bawang goreng, daging goreng, daun soup dan sadri, garam dan lada sula. Jika mahu pedas tambah sedikit lagi lada sula.
4. Selepas adunan sebati, ambil sedikit dan dibulat-bulatkan kemudian di leperkan sedikit. Buat sehingga adunan tadi habis .
5. Panaskan minyak untuk mengoreng.
6. Pukul telur dan masukkan sedikit garam. Celupkan ke dalam telur dan dimasukkan kedalam minyak . Goreng sehingga kekuningan. Goreng sehingga habis.

SOTO BEST sesenang ABC
Bahan2:

A. Sup

1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama,optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam  renih sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara:

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya


B. Pegedil

1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. 1/2 cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. 1/2 cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. 1/2 cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.


C. Sambal kicap

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. 1/2 cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara:

1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.


D. Bahan Hidangan

1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara:

1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)


SOTO AYAM (8 person)
SOTO AYAM (8 orang makan)


Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×