google translate

KEK COKLAT KUKUS

KEK COKLAT KUKUS
Bahan I
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan II
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan III
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan I dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan II dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan I. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan III dalam adunan bahan I. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut selere anda sendirik.
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×