google translate

Masak Lemak Itik Salai

Masak Lemak Itik Salai
Bahan

1 ekor itik – di potong 1
2 batang serai, diketuk
500gm santan pekat
400gm air
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-dicarik-carik
2 biji ubi kentang-di buang kulit dan di potong 6 setiap satu
Garam

Bahan tumbuk/kisar (lagi sedap di tumbuk)

15 biji cili api-kalau nak pedas boleh tambah lagi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara-cara
1. Itik dah siap salai takyah dibersihkan..terus masukkan dalam periuk.
2. Tumbuk lumat cili api bersama bahan lain dan masukkan bersama-sama itik tadi.
3. Titikan hujung serai dan masukkan kedalam periuk.
4. Masukkan santan pekat dan air dan hidupkan api sederhana dan kacau sehingga santan mendidih.
5. Bila mendidih, masukkan pula ubi kentang dan tunggu sehingga ubi kentang empuk.
6. Bila empuk perisakan dengan garam dan masukkan daun kunyit.
7. Biarkan sebentar dan barulah dipadamkan api.

Dari Ibu: Kakinakl
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×