BAHAN-BAHAN :
300 gram isi cempedak (kisar)
240 gram tepung gandum
2 biji telur
650 gram santan
150 gram gula (jika cempedak manis, boleh kurangkan gula)
80 gram mentega (cairkan)
1/2 sudu teh pewarna oren (jika perlu)
1/2 sudu teh garam.
CARA MENYEDIAKAN :
1. Satukan cempedak, santan, gula dan kisar hingga lumat.
2. Satukan tepung, telur dan garam dalam sebuah bekas. Tuangkan bahan yang dikisar dan gaul sebati.
3. Masukkan mentega cair dan pewarna oren. Kacau lagi hingga sebati dan tepung tidak bergentel-gentel.
4. Sapu mentega pada loyang berukuran 20cm x 20cm x 7cm dan alas kertas. Sapu mentega lagi. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 160C selama 45 min hingga 60 minit atau sehingga bingka betul-betul masak dan garing permukaannya.
Dari dapur seleraputeri.blogspot.com
Komentar