google translate

Binka RotiI Berlauk


Bahan Bingka:
1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam


Caranya:

Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
Gaulkan semua bahan lain dengan roti yang telah direndam supaya sebati.
Masukkan dalam loyang 10" x 10" yang telah disapukan minyak.
Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
Potong dan dan hidangkan.

Untuk Bahan Lauk:
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam


Caranya:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
Masukkan daging kisar yang telah diperoikan. Kacau rata.
Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].

Bahan Hiasan: (hiriskan)
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×