google translate

Mee Sup

Mee Sup
Bahan - Bahan

(masakan untuk 2 orang)
1/2 paket mee kuning (dicelur ke dalam air panas)
6 ekor udang
2 biji telur
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ketul isi ayam (dihiris halus)
1 biji buah tomato (dipotong 6)
800 ml air
2 sudu minyak
1 batang saderi
1 biji limau nipis (diperah)
4 biji cili (dibelah 2)
3 batang kailan (boleh ditukar sayur lain)
Lada sulah secukup rasa
Aji secukup rasa
Garam secukup rasa.

Cara Membuat :
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hinga naik bau. Masukkan ayam & udang. Kacau sehingga masak. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih. Setelah itu masukkan cili, kailan, tomato & saderi. Bila sayur dah lembut, perasakan dengan lada sulah, garam & aji. Masukkan perahan air limau nipis. Kacau sebati. Selepas itu masukkan telur. Jangan sampai berderai. Bila telur dah masak, api dapur boleh ler ditutup. Toskan mee yang telur dicelur dengan air panas. Masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan kuah yang telah dimasak. Untuk hiasan boleh ler ditabur dengan bawang goreng & daun sup.

Dapur Resepi Ibu Syue Mustafa di Putra Jaya - Malaysia
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×