google translate

Bingka Beras Jagung


Bahan-Bahan :

1500 ml santan - drpd 2 biji kelapa parut (saya guna 800 ml santan kotak + 700 ml air)
250 g gula pasir
250 g tepong beras (cap Gajah)
50 g tepong Hoen Kue
1/2 sk esen vanilla
1 sk garam
1 cawan hirisan jagung siap direbus, atau buah nanka/cempedak pon boleh juga
ikut la selere camne.


Caranya :

1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat...hendaklah dikacau sentiasa supaya tk berkerak.(sy masukkan jagung bila adunan dah betul-betul masak.....kacau rata)
3. Tuang adunan ke dlm loyang yg beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
4. Bakar pula kuih di dlm oven . Bakar dgn grill dulu hingga permukaan kuih garing atau berkulit kemudian bakar dgn api bawah hingga masak -160C lebih kurang 30 min.
5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan. Kuih ini agak lembik ketika masih panas dan akan keras tapi lembut bila sejuk dan mudah dipotong.
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×