google translate

Ayam masak kicap Berempah Harum

Bahan - Bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - optional
1 sudu makan cili giling
1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
hirisan daun sup secukupnya
sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai (*akak guna 2 btg)
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-Cara Memasak:
Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
Hidangkan panas-panas setelah masak.
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×