Bahan:
350gm Tepung (suka hati awak ia nak gunakan Tepung apa)
70 gm Tepung Jagung
250 gm Mentega ( saya gunakan mentega jenama ANCHOR salted)
3 biji telor- dikocok sedikit
1 suduteh Vanilla essen
2 sudu makan Susu manis
70 gm Gula halus (Optional)
1) Pukul Mentega dan gula sampai sebati, slow speed.
2) Masukkan telor, essen serta susu kedalamnya, Gaul sampai rata.
3) Masukkan kedua mcam Tepung dan uli sampai sebati dan boleh dicetak atau dibentuk...setelah dibentuk sapukan kuning telor diatas nya...
4) Bakar pada suhu 180'Celcius atau mengikut Oven masing-masing....
Intinya:
Inti nenas sebuku
1 sudumakan mentega..
1 buku nenas yg dah siap masak,ada dijual dikedai bahan-bahan kek. masukkan sedikit mentega kedalam nya dan gentellah bulat-bulat secukup nya.
Recepi nie sy tgk kt laman bundadyra so saya cuba laaa besttttttt , so sy rase ok laaa kot share kt my resepi 4u nie :D
anyway selamat mencoba erkk...
Zura,
Selayang,
Malaysia
Komentar