google translate

Kaki ayam masak kecap

Masakan kaki ayam kicap nie salah satu masakan yg paling istimewa bagi sy. so kalau anda yang baru - baru tengok kaki ayam nie and yang tak biase ( geli ) ke ape. cuba try 1 je mesti ketagihan hehehe...
nak masak kaki ayam masak kicap nie sebenarnye mudah tapi perlu kesabaran je dari segi potong kuku kaki ayam, potong2 lagi haishhh leceh. Tapi time dah jadi , hmm.... mertua lalu pon lih tak nampak tau.. hihih and bawah ni pula kita start camne nk masak and ape - ape sahaje bahan yang di perukan.

Bahan :

13 pasang kaki ayam
½ cawan kicap manis 
7 biji cendawan kering (direndam)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
7 chili kering
2 sudu sos tiram ( kalau ade )
3 bunga lawang
1 kayu manis
1 chicken cube
½ mangkuk air
3 sudu minyak
gula & garam secupnya ( sesuai selere )

Cara
  1. Tumbuk atau giling Bawang merah, chili kering, bawang putih, cendawan kering.
  2. Panaskan minyak, kalau dah agak panas minyak tu pastu masukan bunga lawang, kayu manis. ( tunggu 2 minute sampai terase baunye ).
  3. Masukan kaki ayam, aduk sampai rata dalam 2 minute masukan air and tutup ( tunggu sampai laaa nampak kaki ayam tue masak sikit and wangi.
  4. Masukan bahan yang dah di giling tadi and aduk sampai rata. sos tiram sekali and ( tunggu sampai bau chili hilang )kire2 4 minute. and jangan lupa gula & garam ( sesuai selere )
  5. masukan kicap manis and aduk rata ( tunggu sampai wangi and colour die nampak mengental ) kire2 4 minute.
  6. Hidangkan.
Orang kata makan kaki ayam nie banyak mamfaatnye selain baik untuk kesehatan kaki ayam nie juga baik untuk kaum lelaki.



Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top

Like this blog? Keep us running by whitelisting this blog in your ad blocker.

This is how to whitelisting this blog in your ad blocker.

Thank you!

×